Tentang Mek Rose

Wednesday, April 29, 2009

Uri Di Bawah atau Placenta Previa (PP)

Kandungan aku dah masuk minggu ke 27..n i would like to say hi to 3rd Trimester..Dah masuk Trimester terakhir sebelum bertemu my baby dear..tak sabar rasanya..ok jom tgk berkembangan kami...

PERKEMBANGAN BABY

  • Berat baby dah cecah 1.1 Kg
  • Matanya sudah boleh celik & pejam sekali sekala
  • Dah pandai masukkan jari dalam mulut
(See..dia tido..heheh..cutenye..idung agok besor..ikut abah dia kot..:-))

PERKEMBANGAN IBU
  • mmg aku semakin berkembang sekarang..cam bunga kembang semangkuk je..hahahah..makin gumuk..:-D
  • selalu rasa cam semput if naik tangga
  • dah mula rasa susah nak tido...tapi bila dah tido susah benor nak celik even terasa nak g toilet...kikikk..
  • Cramps (baru sekali rasa..sakit kan..huhu)
(See..my perot..huhu..Ramai org cakap perut aku agok besor..huhu..yela ibu dia comel2 kan..tu nampak besor tu..banyk lemak2 yg diternak sebelum ini..hahahahaha)

Ok2...tujuan utama posting aku kali ini adalah nak cerita pasal masalah yang aku hadapi since kandungan aku baru masuk 26 minggu..
Rasa sakit2 kat bahagian bawah perut..During antenatal chek up kat klinik panel doktor cakap semua normal..My Blood Pressure ..dan Uri (Plasenta)..semua normal..

aku cakap kat hubby yg aku tak sedap hati..tak tahu nape..sbb rasa sakit sgt2 kat bawah tu tiap kali nak bangun malam2 g toilet..naik turun tangga & berjalan agak lama akan terasa sakit..then kami decide pergi DEMC...jumpa pakar..Masa scan doctor tu detect uri aku dah ke bawah..dam uri aku berada pada jenis 2 (Type II)..ha amek ko..doc kat klinik panel cakap semua normal..hmm..musykil aku..

Actually ada beberapa jenis PP:



>

Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

_

_

>

Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.

_

_

>

Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.

_

_

>

Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.

_

_



Doktor nasihatkan aku terus pergi ke hospital yang aku plan nak bersalin nanti untuk rawatan lanjut dan jangan lengah2 lagi..takut ada pendarahan yang serius. Isnin baru ni aku g PPUM untuk buat cek-up..takut nak lengah2 kan..sbb mmg risau sangat2..yela anak sulung kan..mcm2 perasaan ada..
masa kat DEMC doktor juga detect BP aku tinggi..patutla kaki aku selalu bengkak..doc nasihatkan aku kene banyak berehat & jangan buat kerja2 berat..naik turun tangga pon if boleh elakkan..aku cakap camne nak elakkan..umah level 2..huhu..doc cakap if camtu kene naik slow2..

ok..masa kat PPUM, buat ultra-sound sekali lagi dan mmg sah uri aku kat bawah & hampir tutup laluan keluar baby..dan kedudukan baby still menyongsang..minta2 la baby dear aku ni akan berada pada kedudukan yang betul nnti...amin....

Doc cakap disebabkan kandungan aku baru 27 minggu..tak perlu risau sangat sbb mungkin uri tu akan naik semula..if aku dah masuk 28 minggu and onwards & berlaku pendarahan mmg confirm aku kene tahan kat wad sampai bersalin...ish..mati boring aku kat wad tuh..

Then lepas cek2 semua..doc cakap semua everything gonna be OK..even BP agak tinggi, mungkin aku terlalu stress (mau tak stress..risau tak tentu hala aku), doc nasihatkan aku tak banyak bergerak, banyak rehat, jgn angkat benda2 berat, drive pon if blh elakkan, jgn naik turun tangga..then doc suh datang lagi 3 minggu & aku kene amek tekanan darah twice a week..

Skarang aku dah tak drive g kerja..Hubby aku tak bagi...so skang jd mem besor..ade org amek anto.hahahah.(.sabor jela kan..)
aku skarang hanya berdoa banyak2..semoga uri aku ni naik balik & berada pada kedudukan yang betul..

kat bawah ni ada sedikit info tentang bahaya uri kat bawah...lets share..

BAHAYA URI DI BAWAH

INFO 1:

Utusan Malaysia - 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.

Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?

Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.

Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.

“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.

Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.

Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.

Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.

PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.

Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.

Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.

Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.

Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.

Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.

Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.

Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.

Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.

Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim - pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


INFO 2:


KEADAAN uri di bawah lebih bergantung kepada lokasi perlekatan embrio pada dinding rahim. Bagi embrio yang melekat di bahagian atas, ia tidak mempunyai masalah ini.

Sebaliknya, jika ia melekat di bahagian bawah rahim, uri yang kemudian terbentuk juga berada di bawah. Namun, tidak semua keadaan uri bawah akan kekal di bawah.

Uri mungkin ‘beralih kedudukan’ ke atas disebabkan pengembangan atau kenaikan dinding rahim terutama selepas berlaku pembentukan segmen bawah yang mampu menjarakkan kedudukan uri dari pintu rahim.

Jika uri sudah ‘naik’ ke atas, ia tidak akan turun semula. Namun, dalam 10 peratus kes, ia kekal di bahagian bawah dinding rahim apabila anda memasuki bulan ketujuh dan anda dikatakan mengalami keadaan plasenta previa (yang bermaksud uri di bawah).

Plasenta previa lebih ditemui dalam keadaan berikut:

- Grandmultipara iaitu sudah melahirkan lima anak atau lebih sebelumnya

- Usia

- Pernah mengalami plasenta previa dalam kehamilan terdahulu

- Pernah menjalani pembedahan Caesarean

- Kehamilan kembar

- Merokok

- Pernah menjalani D&C

- Kedudukan bayi tidak normal

Beberapa panduan boleh diguna pakai:

-Memilih untuk bersalin di hospital yang dilengkapi kemudahan bersalin pembedahan Caesarean dan pembedahan histerektomi (jika perlu), bekalan darah dan unit rawatan rapi (termasuk bayi).

-Mengikut lawatan antenatal secara berjadual.

-Pemakanan mencukupi dan mengambil tambahan pil zat besi bagi memastikan paras hemoglobin darah yang optimum (ujian darah antenatal bagi paras hemoglobin dan kumpulan serta jenis rhesus darah lazimnya sudah dilakukan pada masa ini).

-Bersedia untuk kemasukan wad bagi tempoh yang lama (lebih bergantung kepada jenis plasenta previa, episod pendarahan dan jarak masa dari rumah ke hospital). Ini termasuk membuat persiapan persalinan serta mengaturkan hal ehwal penjagaan anak dan suami.

-Segera ke hospital sekiranya mengalami pendarahan walaupun sedikit.

Corak pendarahan lazimnya tidak menentu, ia boleh menjadi banyak secara tiba-tiba dan berterusan atau sebaliknya berhenti dengan sendirinya.

-Bersedia untuk menjalani pembedahan Caesarean (kecuali plasenta previa kecil yang tidak disertai masalah pendarahan).

Lazimnya, pembedahan ini dijalankan sekitar dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin berikutan ketika itu janin sudah cukup matang. Jika menunggu lebih lama, ia mendedahkan risiko pendarahan atau didatangi sakit bersalin.

-Faham kemungkinan tumpah darah serta keperluan pemindahan darah.

Tiada rawatan untuk ‘menaikkan’ uri. Kepercayaan berurut dapat menaikkan atau sengkak anggota peranakan wanita (termasuk uri) tidak tepat.

Uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim kecuali hanya selepas bayi dilahirkan. Uri juga tidak dapat dialihkan kedudukannya.

Dipetik dari; http://www.hmetro.com.my/

15 Pot Pet Pot Pet:

atie said...[Reply to comment]

Salam kenal mek rose, kaktie ni dah anak 4 pun tak reti2 lagi nak tengok gambar scan tuuuu...confius tul

Dee said...[Reply to comment]

don't worry..insyaallah uri tu akan naik..cam kak dee uri turun stage 4 masa dh nk bersalin..tutup laluan rahim terus..tu yg caesar..tp no bleeding..kaki tu tinggikan dari jantung..kalo dok kat opis..letak atas kotak...amiklah kotak2 paper tu..kalo tido..letak bantal ye..alas kaki bg tinggi..kalo x lagi teruk bengkaknyer..

rose said...[Reply to comment]

KAK TIE

salam kenal juga kak tie..
ye ke?
senang je nak tgk..tp tula..jenuh jugakla nak terang kat hubby mane idung mana mata & lain2 part..last2 baru dia angguk2 paham..heheh

KAK DEE

doc cakap mmg ade kes uri akan naik semula..tu semua bergantung pada keadaan..ada yg tak naik2 sampai minggu ke 38..then operate la jawabnye..itupun selagi takde pendarahan..
ari2 doa moga uri ni naik balik n leh bersalin normal..

next chek up on May 18..mintak2 semua ok..doa2kan ye..

oh ya..mmg letak kaki kat kotak..tapi tak selesa betul nak wat keje..huhuhu...

anyway..thanx for sharing..:-)

WaWa said...[Reply to comment]

hye kak rose.....
wawa doakn kak rose n baby selamat kayh....
anyway...
ble due date?

rose said...[Reply to comment]

hye wawa..thanx..doa2kanla ye..

due date 27.7.09..insyaAllah...

mum2h said...[Reply to comment]

hi rose...

I baca blog ur husband and then baca blog u.

Dulu pun pernah gak kena macam u stage II gak but then i memang banyak doa sebab tak nak kena operate (lg seksa ak jaga lepas beranak). Alhamdulillah placenta naik and bukak jalan pada baby masa last week of pregnancy.

Yang penting, cuba cari doa2 untuk mudahkan bsalin (tak silap dulu i baca doa isteri nabi ibrahim). Insya allah akan dimakbulkann

rose said...[Reply to comment]

hai akak..

thanx sudi singgah sini..cuba bukak ur blog..tapi for invited readers only..lak..hehe..nnti invite la kite..kikikik...roslina.muhamad@gmail.com..:-D

ye ke naik balik? alhamdulillah..syukur kan..mesti tu la berita paling gembira yg akak tahu setelah 9 bulan kandungkan baby...

ari2 berdoa agar semuanya selamat..ade juga kawan2 bagi tips baca salawat 3x lepas solat then tolak dari bawah ke atas agar uri tu naik semula..mcm2 petua..alhamdulillah semua bagi sokongan..:-)

ok..insyaAllah nnti sy cuba cari doa tu..selain tu surah maryam pon sy amalkan ari2..mudah2 mudahan dimakbulkan Allah..amin...

Mommy Lyna said...[Reply to comment]

Salam Rose,

Doa mtk yg terbaik belaka.. Kadang2 benda yg kita rasa 'teruk' dan 'takut' tu benda molek sbnrnya. Semoga dimudahkan urusan belaka..

Ada my fren dia nangeh2 taknak kena belah, tp belah2, dr jumpa ada 'bendasing', apabenda tumor ke cyst ke tak ingat, terus buang segala bendasing2. Last2 dia kata kalo tak belah mesti taktau penyebab dia dk sakit2 perut selalu.

Ehe, bg c0nt0s ja.

Jaga diri molek2. Ikut ckp dr.. Think positive! Baby ni..saja nak bg mama runsing ya..

CT NORAMIZA said...[Reply to comment]

salam kenal rose, akak dulu pun sama gak, sampai terpaksa stay di hospital for one week, tp lepas tu, uri naik atas dgn sendirinya. so dont worry ok, tp kalau bleeding, mmg cepat2 kena ke hospital. take care ok

Siti Qamariah Binti Ahmad said...[Reply to comment]

salam kak rose...wife sy pn skg ni uri d bwh...sll gak sakit2...xble wat keje berat2...due 25/6/2010..time g scan aritu doc ckp kalo dlm 8 bln xnaik gak mmg kna caeserean...isau gak...cm nk tau kdg2 private klinik@hosp xbrp tau...sll akak g cek kt mana??

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...[Reply to comment]

salam..
ye ke? suh ur wife jgn runsing2 ye..jgn stress..takut bleeding. ade kawn sy bleeding! mintak dijauhkan la kan

sy dulu masuk je minggu ke 37..alhadulillah uri naik sepenuhnya..berkat doa ari2

tapi sekejap je kegumbiraan itu dtg..tiba2 ilang bila BP naik mendadak pada minggu ke 38

then, kene induce. leps sakit nak beranak 10 jam..baru bukak 3 cm. then bb lemas. kene emergeny operation!

sy kat PPUM..the bes choice i ever had. sbb situ byk pakar.

u duk mana?

Mardhiah Kasmat said...[Reply to comment]

Salam... Mek Rose..
Salam Perkenalan...
Saya pun mengalami masalah yag sama dengan ape yang Mek Alami.... saya pun mengandung anak sulung....
19 hb Julai ni saya masuk wad...
kene ikut juga nasihat doktor..
masa tahu saya mengalami pp ni susah hati juga, takut pun ade... cuma hanya dapat berdoa moga 2 dipermudahkan segalanye.... Amin...

Unknown said...[Reply to comment]

Salam...nak tny akak la..emm so, kes akak jadi cmne?
Sy baru 23 mgu, bleeding then g check lambat..ms check doc Kat uri Kat bwh, risau dh ni huhuhu ank 1st jgk...
Mohon pandangan ye ;)

Unknown said...[Reply to comment]

Salam...nak tny akak la..emm so, kes akak jadi cmne?
Sy baru 23 mgu, bleeding then g check lambat..ms check doc Kat uri Kat bwh, risau dh ni huhuhu ank 1st jgk...
Mohon pandangan ye ;)

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...[Reply to comment]

Salam...biasanya if bleeding kn rest betul2..elok elakkn drive kete sendiri if pn bekerja.naik turun tangga if boleh kurangkn..if terpaksa naik turun tamgga slow...tp msih awal lg tu bru 23 minggu..jgn lupa selalu selawat sambil usap dr bwh perot ke atas n mohon pd Allah uri naik n duduk dikedudukn yg betul..selalu2 la sembang ngn bb..:-)